Rabu, 18 April 2012

3) FUNGSI DAN PERANAN

1.  LOGO DAN NAMA BIRO

Gambarajah Logo

Nama Biro : BIRO ADAT BUDAYA NUSANTARA

2.  MATLAMAT

Memberi peluang kepada masyarakat seluruh nusantara khususnya kepada Raja dan Sultan Nusantara, Pewaris Kerajaan, Pewaris Kesultanan, Kekerabatan dan Kekeluargaan dari Keturunan Kebangsawanan di seluruh Nusantara untuk pembangunan dan pengembangan Adat Budaya Tradisi Keturunannya secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek Agama Islam dan Adat Istiadat Keluhuran Senusantara.

3.  OBJEKTIF

Supaya mereka dapat menghargai nilai-nilai kebudayaan, kesenian dan warisan dan memupuk jalinan silaturrahim dan semangat permaufakatan serta tanggungjawab yang diamanahkan bagi memelihara dan menjaga kebudayaan, kesenian dan warisan yang dipusakai oleh nenek moyang mereka.

4.  KEAHLIAN/PENYERTAAN

(a)  Terbuka kepada umum yang berminat dan bersedia memberikan komitmen.
(b)  Keahlian/Penyertaan hendaklah mengisi dan melengkapkan Borang Khas yang dikeluarkan oleh Biro sepertimana yang dikehendaki.
(c)  Ahli/Peserta mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Tatacara dan Peraturan-Peraturan dan akan mengambil bahagian dengan aktif bagi menjayakan tujuan dan matlamat Biro ini.
(d)  Permohonan bagi pencalonan seseorang individu yang diterima atau ditolak adalah diputuskan oleh Jawatankuasa Biro dan keputusan adalah muktamad.

5.  SIDANG PENASIHAT (Penasihat/Penaung)

(a)  Penasihat/Penaung adalah terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pertubuhan ini selain daripada itu, mereka juga mempunyai kuasa untuk melantik mana-mana orang yang difikirkan layak untuk menjadi Penasihat/Penaung kepada Biro ini.
(b)  Penasihat/Penaung mempunyai kuasa mutlak bagi merancang atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.
(c)  Penaung/Penasihat akan sentiasa bersama-sama dengan Jawatankuasa Biro semasa aktiviti dijalankan.

6.  BIRO (Ahli-Ahli Jawatankuasa Adat Budaya Nusantara)

6.1  TOK TEMENGGUNG (Pengerusi)

(a)  Menjadi Ketua Majlis Adat Istiadat Pertabalan/Penobatan SriPaduka BagindaRaja dan berkuasa secara mutlak ke atas Undang-undang/Hukum, Tatacara, Syarat dan Peraturan-Peraturannya.
(b)  Mempengrusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat.
(c)  Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan sewajarnya.
(d)  Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitannya.

6.2  TOK MANGKU TEMENGGUNG (Naib Pengerusi)

(a)  Membantu Tok Temenggung dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.
(b)  Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Tok Temenggung.

6.3  TOK BINTARA (Setiausaha)

(a)  Menguruskan hal-hal surat menyurat.
(b)  Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat / laporan kegiatan-kegiatan.
(c)  Mencatat kehadiran ahli / peserta.
(d)  Menyimpan dokumen yang berkaitan Biro.
(e)  Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Tok Temenggung.

6.4  TOK MANGKU BINTARA (Penolong Setiausaha)

(a)  Membantu Tok Bintara dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya.
(b)  Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Tok Temenggung.

6.5  TOK BIJAYA (Bendahari)

(a)  Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan.
(b)  Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.
(c)  Menyedikan Penyata Kira-Kira dan menandatanganinya.
(d)  Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Tok Temggung dari masa ke semasa.

6.6  TOK MANGKU BIJAYA (Penolong Bendahari)

(a)  Membantu Tok Bijaya dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya.
(b)  Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Tok Temggung dari masa ke semasa.

6.7  TOK SETIA JAYA (Ketua Penerangan)

(a)  Bertanggugnjawab atas urusan penerangan dan berhubungan media massa.
(b)  Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Tok Temenggung.

6.8  TOK PENGGAWA (Ahli Jawatankuasa Biasa)

(a)  Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.
(b)  Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Tok Temenggung.

6.9  TOK BENTARA DALAM (Pemeriksa Kira-Kira)

(a)  Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan dan bertanggungjawab keatasnya.
(b)  Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.
(c)  Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Tok Temggung dari masa ke semasa.

7.  KEWANGAN

(a)  Sumber kewangan adalah melalui pembiayaan Pertubuhan yang diputuskan semasa Mesyuarat Agung.
(b)  Biro juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.

8.  UNDANG-UNDANG/HUKUM SERTA SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN

(a) Undang-undang/Hukum serta syarat-syarat dan peraturan adalah berdasarkan Perlembagaan Pertubuhan.
(b)  Ahli / Peserta yang melanggar akan dikenakan tindakan disiplin / tatatertib.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan