Rabu, 18 April 2012

1) BIRO ADAT BUDAYA NUSANTARA

MUKADIMAH

Biro Adat Budaya Nusantara ditubuhkan dengan tujuan khusus untuk memartabatkan taraf kedudukan Raja atau Sultan atau Pewaris Kerajaan atau Pewaris Kesultanan atau Kekerabatan dan Kekeluargaan dari keturunan Kebangsawanan di seluruh pelusuk Nusantara khasnya di Negara Malaysia.

Biro ini bertanggungjawab menyempurnakan Majlis Pertabalan/Penobatan untuk seseorang individu yang layak mengikut Adat Budaya Nusantara yang akan dimasyhorkan sebagai SriPaduka BagindaRaja.

SriPaduka BagindaRaja mempunyai kuasa mutlak dan kewajipan-kewajipan khas untuk menyampaikan penganugerahan/kurniaan kepada calon-calon Penerima bagi Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat.

Sesungguhnya, matlamat untuk membuktikan bahawa ketemadunan Melayu itu, mempunyai suatu tradisi kebudayaan yang amat gemilang dan memiliki Adat Istiadat Kemelayuan yang amat cemerlang. Justeru itu, maka kami dari Pertubuhan ini telah mengzahirkan sebuah biro yang dikenali sebagai Biro Adat Budaya Nusantara bagi memperkenalkan dan mengembangkan aktiviti bercorak adat budaya untuk memelihara tradisi kebudayaan keturunan dari keluhuran nusantara ini.

MATLAMAT BIRO ADAT BUDAYA NUSANTARA

(1)  MENJALIN SILATURRAHIM RAJA DAN SULTAN NUSANTARA

Pertubuhan ini akan sentiasa berusaha menjalinkan silaturrahim dengan Raja dan Sultan Nusantara melalui hubungan baik dan kerjasama dalam adat budaya keluhuran nusantara dengan cara menganjurkan promosi pelancongan, pameran sejarah warisan dan lain-lain.

(2)  MEMARTABATKAN RAJA DAN SULTAN NUSANTARA

Pertubuhan ini akan sentiasa berusaha memartabatkan Raja dan Sultan Nusantara melalui adat dan budaya keluhuran nusantara dengan cara menganjurkan majlis adat istiadat penganugerahan darjah kebesaran bintang dan pingat, majlis keramaian budaya yang merangkumi kesusateraan, tarian, muzik dan lain-lain, mengadakan lawatan persahabatan ke wilayah negeri dan negara dan lain-lain.

(3)  USAHASAMA SOSIO-EKONOMI

Pertubuhan ini akan berusaha mencari dan mendapatkan peluang-peluang perniagaan dan pelaburan melalui yayasan, syarikat dan firma-firma yang dimiliki oleh Raja dan Sultan Nusantara dengan cara menganjurkan promosi produk, pemborongan poduk dan lain-lain.

2) LOGO


PERLAMBANGAN

Mahkota bermaksud Asal Usul Kerajaan dan Kesultanan Nusantara

Darjah Bintang bermaksud Adat Budaya bertradisi gemilang

Pingat bermaksud Kejayaan Adat Budaya Kemelayuan

Keris Bersilang bermaksud Perjuangan dengat semangat keberanian Bangsa Melayu

Tangan Bersalam bermaksud Jalinan Silaturrahim dan Permaufakatan sesama insan

3) FUNGSI DAN PERANAN

1.  LOGO DAN NAMA BIRO

Gambarajah Logo

Nama Biro : BIRO ADAT BUDAYA NUSANTARA

2.  MATLAMAT

Memberi peluang kepada masyarakat seluruh nusantara khususnya kepada Raja dan Sultan Nusantara, Pewaris Kerajaan, Pewaris Kesultanan, Kekerabatan dan Kekeluargaan dari Keturunan Kebangsawanan di seluruh Nusantara untuk pembangunan dan pengembangan Adat Budaya Tradisi Keturunannya secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek Agama Islam dan Adat Istiadat Keluhuran Senusantara.

3.  OBJEKTIF

Supaya mereka dapat menghargai nilai-nilai kebudayaan, kesenian dan warisan dan memupuk jalinan silaturrahim dan semangat permaufakatan serta tanggungjawab yang diamanahkan bagi memelihara dan menjaga kebudayaan, kesenian dan warisan yang dipusakai oleh nenek moyang mereka.

4.  KEAHLIAN/PENYERTAAN

(a)  Terbuka kepada umum yang berminat dan bersedia memberikan komitmen.
(b)  Keahlian/Penyertaan hendaklah mengisi dan melengkapkan Borang Khas yang dikeluarkan oleh Biro sepertimana yang dikehendaki.
(c)  Ahli/Peserta mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Tatacara dan Peraturan-Peraturan dan akan mengambil bahagian dengan aktif bagi menjayakan tujuan dan matlamat Biro ini.
(d)  Permohonan bagi pencalonan seseorang individu yang diterima atau ditolak adalah diputuskan oleh Jawatankuasa Biro dan keputusan adalah muktamad.

5.  SIDANG PENASIHAT (Penasihat/Penaung)

(a)  Penasihat/Penaung adalah terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pertubuhan ini selain daripada itu, mereka juga mempunyai kuasa untuk melantik mana-mana orang yang difikirkan layak untuk menjadi Penasihat/Penaung kepada Biro ini.
(b)  Penasihat/Penaung mempunyai kuasa mutlak bagi merancang atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.
(c)  Penaung/Penasihat akan sentiasa bersama-sama dengan Jawatankuasa Biro semasa aktiviti dijalankan.

6.  BIRO (Ahli-Ahli Jawatankuasa Adat Budaya Nusantara)

6.1  TOK TEMENGGUNG (Pengerusi)

(a)  Menjadi Ketua Majlis Adat Istiadat Pertabalan/Penobatan SriPaduka BagindaRaja dan berkuasa secara mutlak ke atas Undang-undang/Hukum, Tatacara, Syarat dan Peraturan-Peraturannya.
(b)  Mempengrusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat.
(c)  Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan sewajarnya.
(d)  Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitannya.

6.2  TOK MANGKU TEMENGGUNG (Naib Pengerusi)

(a)  Membantu Tok Temenggung dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.
(b)  Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Tok Temenggung.

6.3  TOK BINTARA (Setiausaha)

(a)  Menguruskan hal-hal surat menyurat.
(b)  Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat / laporan kegiatan-kegiatan.
(c)  Mencatat kehadiran ahli / peserta.
(d)  Menyimpan dokumen yang berkaitan Biro.
(e)  Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Tok Temenggung.

6.4  TOK MANGKU BINTARA (Penolong Setiausaha)

(a)  Membantu Tok Bintara dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya.
(b)  Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Tok Temenggung.

6.5  TOK BIJAYA (Bendahari)

(a)  Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan.
(b)  Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.
(c)  Menyedikan Penyata Kira-Kira dan menandatanganinya.
(d)  Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Tok Temggung dari masa ke semasa.

6.6  TOK MANGKU BIJAYA (Penolong Bendahari)

(a)  Membantu Tok Bijaya dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya.
(b)  Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Tok Temggung dari masa ke semasa.

6.7  TOK SETIA JAYA (Ketua Penerangan)

(a)  Bertanggugnjawab atas urusan penerangan dan berhubungan media massa.
(b)  Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Tok Temenggung.

6.8  TOK PENGGAWA (Ahli Jawatankuasa Biasa)

(a)  Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.
(b)  Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Tok Temenggung.

6.9  TOK BENTARA DALAM (Pemeriksa Kira-Kira)

(a)  Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan dan bertanggungjawab keatasnya.
(b)  Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.
(c)  Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Tok Temggung dari masa ke semasa.

7.  KEWANGAN

(a)  Sumber kewangan adalah melalui pembiayaan Pertubuhan yang diputuskan semasa Mesyuarat Agung.
(b)  Biro juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.

8.  UNDANG-UNDANG/HUKUM SERTA SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN

(a) Undang-undang/Hukum serta syarat-syarat dan peraturan adalah berdasarkan Perlembagaan Pertubuhan.
(b)  Ahli / Peserta yang melanggar akan dikenakan tindakan disiplin / tatatertib.

4) DARJAH KEBESARAN DAN BINTANG KEHORMATAN DAN PINGAT-PINGAT NUSANTARA

DARJAH KEBESARAN DAN BINTANG KEHORMATAN DAN PINGAT-PINGAT NUSANTARA

Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang Kehormatan dan Pingat-Pingat ini terbahagi kepada dua (2) kategori seperti berikut:-

(1)  DARJAH-DARJAH KEBESARAN BINTANG DAN PINGAT NUSANTARA

Darjah-Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Nusantara ini adalah dianugerahkan oleh SriPaduka BagindaRaja (Raja dan Sultan Nusantara) mengikut adat istiadat budaya dari Wilayah Negeri Negara asalnya. Biro ini TIDAK mengeluarkan atau membuat Darjah-Darjah ini melainkan atas permintaan Raja dan Sultan Nusantara atau ianya di bawa dari temapat asalnya. Umumnya Darjah-Darjah ini mempunyai Gelaran khusus atau tiada mempunyai apa-apa Gelaran khusus contohnya, Darjah Kerabat Yang Amat Mulia Nusantara (D.K) ia tiada membawa apa-apa Gelaran manakala, Darjah Seri Setia Mahkota Nusantara (D.S.M.N) ia membawa Gelaran seperti Dato' dan sebagainya. Walau bagaimanapun, ianya bergantung dan terpulang kepada kehendak SriPaduka BagindaRaja yang berkenaan.

(2)  BINTANG KEHORMATAN DAN PINGAT-PINGAT NUSANTARA

Bintang Kehormatan dan Pingat-Pingat Nusantara ini juga dianugerahkan oleh SriPaduka BagindaRaja (Raja dan Sultan Nusantara) tetapi, Bintang dan Pingat ini dikeluarkan dan dibuat oleh Biro ini.

BINTANG KEHORMATAN DAN PINGAT-PINGAT NUSANTARA

Senarai Bintang Kehormatan dan Pingat-Pingat yang telah diwartakan seperti berikut:-

BINTANG-BINTANG AHLI KEHORMAT (KELAS 1)

(1)  BINTANG SETIA SRIPADUKA BAGINDARAJA NUSANTARA (B.S.B.R)

Bintang ini dianugerah kepada Raja atau Sultan Nusantara, Pewaris Kerajaan atau Pewaris kesultanan atau Kekerabatan dan Kekeluargaan Bangsawan atau Sesiapa jua yang sentiasa menjalinkan hubungan baik dan kerjasama dengan mana-mana Istana Karaton dan juga sentiasa membantu Istana Karaton melalui pelbagai cara untuk tujuan pembangunan dan pengembangan adat budaya nusantara dikira layak dan sesuai oleh SriPaduka BagindaRaja dan beliau ini amat dihormati dan amat disanjungi.

(2)  BINTANG SERI SETIA OPU DAENG MERUPAWAH (B.D.M)

BINTANG-BINTANG AHLI KEHORMAT (KELAS 2)

(1)  BINTANG JASA BAKTI NUSANTARA (B.J.B)

(2)  BINTANG BAKTI SUKARELAWAN NUSANTARA (B.S.N)

(3)  BINTANG AHLI SRIPADUKA BAGINDARAJA NUSANTARA (A.S.N)

PINGAT-PINGAT AHLI KEHORMAT

(1)  PINGAT BAKTI KESUSASTERAAN (P.B.K)
(2)  PINGAT JASA BAKTI SUKARELAWAN (P.J.B)
(3)  PINGAT BAKTI WARISAN PUSAKA (P.W.P)
(4)  PINGAT BAKTI SENI BAKAT (P.S.B)
(5)  PINGAT BAKTI SRI PENDEKAR (P.S.P)
(6)  PINGAT PERTABALAN SRIPADUKA BAGINDARAJA (P.P)

SURAT:

1.  SURAT KEPUJUAN/PENGHARGAAN

5) ACARA DAN UPUCARA BAGI RAJA DAN SULTAN NUSANTARA

1.  PERJALANAN DAN PERJUMPAAN

2.  KEMUDAHAN DAN PELAYANAN

3.  PENGINAPAN/KEDIAMAN

4.  JADUAL PROGRAM (3 Hari 2 Malam)

5.  PEMBERIAN IMBUHAN BALAS JASA DAN UPAH

6.  LAWATAN/PELANCONGAN

6) PERMOHONAN MENYERTAI ADAT ISTIADAT RAJA DAN SULTAN NUSANTARA

Permohonan ini adalah terbuka kepada Raja atau Sultan atau Pewaris Kerajaan atau Pewaris Kesultanan atau Kekerabatan dan Kekeluargaan dari keturunan Kebangsawanan di seluruh Wilayah Negeri Negara SeNusantara.

7) ACARA DAN UPUCARA BAGI CALON PENERIMA ANUGERAH/KURNIAAN

1.  PERJALANAN DAN PERJUMPAAN

2.  PENGINAPAN/KEDIAMAN

3.  JADUAL PROGRAM (3 Hari 2 Malam)