Rabu, 18 April 2012

1) BIRO ADAT BUDAYA NUSANTARA

MUKADIMAH

Biro Adat Budaya Nusantara ditubuhkan dengan tujuan khusus untuk memartabatkan taraf kedudukan Raja atau Sultan atau Pewaris Kerajaan atau Pewaris Kesultanan atau Kekerabatan dan Kekeluargaan dari keturunan Kebangsawanan di seluruh pelusuk Nusantara khasnya di Negara Malaysia.

Biro ini bertanggungjawab menyempurnakan Majlis Pertabalan/Penobatan untuk seseorang individu yang layak mengikut Adat Budaya Nusantara yang akan dimasyhorkan sebagai SriPaduka BagindaRaja.

SriPaduka BagindaRaja mempunyai kuasa mutlak dan kewajipan-kewajipan khas untuk menyampaikan penganugerahan/kurniaan kepada calon-calon Penerima bagi Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat.

Sesungguhnya, matlamat untuk membuktikan bahawa ketemadunan Melayu itu, mempunyai suatu tradisi kebudayaan yang amat gemilang dan memiliki Adat Istiadat Kemelayuan yang amat cemerlang. Justeru itu, maka kami dari Pertubuhan ini telah mengzahirkan sebuah biro yang dikenali sebagai Biro Adat Budaya Nusantara bagi memperkenalkan dan mengembangkan aktiviti bercorak adat budaya untuk memelihara tradisi kebudayaan keturunan dari keluhuran nusantara ini.

MATLAMAT BIRO ADAT BUDAYA NUSANTARA

(1)  MENJALIN SILATURRAHIM RAJA DAN SULTAN NUSANTARA

Pertubuhan ini akan sentiasa berusaha menjalinkan silaturrahim dengan Raja dan Sultan Nusantara melalui hubungan baik dan kerjasama dalam adat budaya keluhuran nusantara dengan cara menganjurkan promosi pelancongan, pameran sejarah warisan dan lain-lain.

(2)  MEMARTABATKAN RAJA DAN SULTAN NUSANTARA

Pertubuhan ini akan sentiasa berusaha memartabatkan Raja dan Sultan Nusantara melalui adat dan budaya keluhuran nusantara dengan cara menganjurkan majlis adat istiadat penganugerahan darjah kebesaran bintang dan pingat, majlis keramaian budaya yang merangkumi kesusateraan, tarian, muzik dan lain-lain, mengadakan lawatan persahabatan ke wilayah negeri dan negara dan lain-lain.

(3)  USAHASAMA SOSIO-EKONOMI

Pertubuhan ini akan berusaha mencari dan mendapatkan peluang-peluang perniagaan dan pelaburan melalui yayasan, syarikat dan firma-firma yang dimiliki oleh Raja dan Sultan Nusantara dengan cara menganjurkan promosi produk, pemborongan poduk dan lain-lain.

1 ulasan:

  1. salam..nak tnye..adakah Biro Adat budaya Nusantara dengan pertubuhan Adat dan Budaya Nusantara yang dikendalikan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malayasia merupakan pertubuhan yg sama atau kedua2 ni berbeza..
    maklum balas blh direspon di sini atau facebook sy https://www.facebook.com/frienship4ever?ref=tn_tnmn

    BalasPadam