Rabu, 18 April 2012

10) SOALAN-SOALAN LAZIM

1.  Adakah Biro Adat Budaya Nusantara ini, sah dari segi undang-undang?

Ya, ia sah disisi undang-undang kerana Pertubuhan ini adalah berdaftar secara sah menurut perlembagaan di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan, 1984 (Kerajaan Malaysia).

2.  Siapakah yang menjadi SriPaduka BangindaRaja itu?

SriPaduka BagindaRaja itu, adalah seseorang individu yang dipilih dan dilantik dari kalangan Raja atau Sultan Nusantara atau Pewaris Kerajaan atau Pewaris Kesultanan atau Kekerabatan dan Kekeluargaan dari Keturunan Kebangsawanan yang sememangnya sudah wujud sejak dari zaman dahulu di sekitar wilayah-wilayah gugusan nusantara kita ini.

3.  Semenjak bilakah Penganugerahan/Kurniaan ini diberi?

Perkumpulan Adat Budaya Generasi Turun Temurun ini sudah lama wujud dan sebelum ini Penganugerahan/Kurniaan hanya diberi kepada seseorang individu yang layak dalam kelompoknya sahaja. Oleh kerana perubahan zaman kini yang globalisasi dan kepimpinan organisasi juga bertukar ganti maka, semenjak itu, suatu pembaharuan dibuat dimana ia telah didaftarkan secara sah di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Kerajaan Malaysia).

4.  Adakah Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia?

Tidak, dan tidak semua yang diiktiraf, walau bagaimanapun masih ada Bintang dan Pingat yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan adalah diperakui. Seperti Darjah Kerabat dan Darjah Kebesaran adalah tidak diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan tidak boleh digunakan. Sungguhpun begitu, ia bergantung dan terpulang atas budi bicara individu kerana individu tersebut yang menerima gelaran. Konsepnya sama sahaja jika anda belajar di Universiti yang tidak diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sedangkan anda memiliki Ijazah dalam bidang kejuruteraan, perubatan atau lain-lainnya, anda mempunyai kelulusan yang melayakan anda sebagai Ir. (Jurutera) atau Dr. (Doktor) dan anda masih boleh bekerja di Syarikat Swasta dengan bayaran gaji yang lebih tinggi.

5.  Bolehkah mereka yang bekerja sebagai kaki tangan kerajaan menjadi calon penerima anugerah/kurniaan?

Ya boleh, kerana ia terbuka kepada umum dan sesiapa juga boleh kerana ia adalah hak kebebasan sebagai seorang individu rakyat.

6. Benarkah seseorang individu yang berhasrat untuk mendapatkan anugerah/kurniaan itu diwajibkan menghadiri kursus?

Ya benar, amat diwajibkan kerana dalam kurus ini mereka akan diperjelaskan penggunaan Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat dan segala aspek berkaitan adat dan budaya keluhuran nusantara supaya tidak melanggari Undang-undang Negara Malaysia dan tidak bercanggahan dengan Hukum-hukum Syarak dalam Agama Islam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan